26.1 C
Jakarta

Tafsir Ibn Asyur, Embrio Tafsir Pendekatan Maqasid

Artikel Trending

Asas-asas IslamTafsirTafsir Ibn Asyur, Embrio Tafsir Pendekatan Maqasid
Dengarkan artikel ini
image_pdfDownload PDF

Tafsir ini sangat dekat dengan kita, ia lahir pada abad ke-20. Tafsir Ibn Asyur sangat tersohor di kawawan Arab Maghrib, tepatnya di Tunisia. Saya mengenal pertama kali tafsir ini ketika duduk mengaji di peringkat Master dalam jurusan Tafsir dan ilmu-ilmu al-Quran di universitas Al-Azhar, Kairo. Syekh kami, Profesor Dr Mani’ Abdul Halim Mahmud rahimahullah, anak Syekhul Azhar Abdul Halim Mahmud (w. 1978) adalah orang pertama yang mengenalkan kami sedikitnya mengenai kelebihan tafsir ini. Beliau sangat suka membaca tafsir ini.

Saya baru merasa dekat dengan tafsir ini ketika menulis buku ‘114 Formula Quranik Dalam Membina Insan Yang Berkualiti’ yang diterbitkan oleh USIM Press pada akhir tahun 2019. Saya banyak mengambil bahan penulisan buku tersebut dari Tafsir Ibn Asyur berkaitan profil setiap surah al-Quran. Sebelum Ibn Asyur mentafsirkan satu surah, beliau terlebih dahulu menjelaskan segala perkara yang berkaitan dengan surah tersebut, seperti nama-nama surah dan maksudnya, status setiap surah apakah Makkiyah atau Madaniyah berdasarkan masa penurunan, sebab penurunan dan kandungan surah secara umum. Saya melihat kelebihan Ibn Asyur dalam hal ini. Beliau menjelaskan profil setiap surah secara detail. Persembahan seperti ini tidak ditemukan dalam tafsir lain kecuali secara ringkas saja seperti tafsir Ibn Atiyyah dan tafsir al-Qurtubi.

Tafsir ini juga dikenal dengan al-Tahrir wa al-Tanwir (التحرير والتنوير) sebagai ringkasan dari nama panjangnya Tahrir al-Ma’na al-Sadid wa Tanwir al-Aqli al-Jadid min Tafsir al-Kitab al-Majid (تحرير المعنى السديد وتنوير العقل الجديد من تفسير الكتاب المجيد).  Berdasarkan nama tafsir ini, Ibn Asyur ingin membawa perubahan dan pencerahan dalam dunia tafsir. Oleh itu, beliau bukan hanya menukil riwayat-riwayat tafsir atau pandangan tafsir ulama terdahulu, tetapi beliau menganalisa pandangan tafsir tersebut, mengoreksi dan menambah baik sesuai dengan kehendak dan maksud al-Quran yang melihat realita kekinian umat. Dengan pendekatan seperti ini, Tafsir Ibn Asyur hidup dengan tarjih dan ijtihad tafsir yang banyak dalam menyatakan makna dan maksud ayat al-Quran.

BACA JUGA  Tafsir Ayat Perang: Melihat Konteks Qs. al-Taubah [9]: 29 dalam Tafsir Buya Hamka

Selain itu, Ibn Asyur sangat percaya dengan Maqasid Syariat dan Maqasid al-Quran. Beliau menulis buku tentang Maqasid Syariat dan mengajak orang ramai untuk membangun suatu disiplin ilmu baru yang mempelajari secara khusus tentang Maqasid Syariat. Selain Maqasid Syariat, Ibn Asyur juga dalam tafsirnya menekankan kepentingan Maqasid al-Quran sebagai acuan dalam mentafsir. Menurut Ibn Asyur, tujuan yang paling mulia dan tertinggi (al-Maqsad al-A’la) dari penurunan al-Quran ke bumi adalah untuk menciptakan insan yang baik secara individu ataupun berkelompok serta mewujudkan lingkungan masyarakat yang baik dan kondusif. Selain al-Maqsad al-A’la ini, Ibn Asyur juga menyebutkan berbagai tujuan utama (المقاصد الأصلية) dari penurunan al-Quran.

Tujuan Utama (المقاصد الأصلية) Penurunan Al-Quran

Pertama: menguatkan akidah.

Kedua: menambah baik kualitas akhlak.

Ketiga: menegakkan Syariat melalui hukum.

Keempat: membekalkan metode terbaik dalam mengurus kehidupan sosial umat.

Kelima: mengambil pelajaran dari kisah-kisah umat terdahulu.

Keenam: membekalkan metode terbaik dalam mentarbiyah umat sesuai dengan keperluan mereka.

Ketujuh: memberi peringatan (tarhib) dan motivasi (targhib).

Kedelapan: Menjelaskan segala aspek kemukjizatan al-Quran.

Menurut Ibn Asyur, setiap kajian tafsir baik kajian bahasa, balaghah, hukum ataupun saintifik haruslah dikaitkan dengan Maqasid al-Quran. Ini bermakna bahwa pandangan apa pun yang diberikan dalam mentafsirkan ayat al-Quran haruslah merealisasikan kesemua maksud penuruan al-Quran tersebut (Maqasid) ataupun sebagiannya saja.

Inilah kelebihan utama Tafsir Ibn Asyur dalam membawa pembaharuan dan pencerahan dalam dunia Tafsir. Beliau menulis tafsirnya selama 39 tahun dan menamatkan penulisannya pada 12 Rajab 1380 H bersamaan dengan 1961 M.

Siapakah Ibn Asyur ini?

Beliau adalah Muhammad al-Thahir bin Muhammad bin Muhammad al-Thahir bin Muhammad bin Muhammad al-Syasyili bin Abdul Qadir bin Muhammad bin Asyur. Beliau lahir pada tahun 1297 H bersamaan dengan 1879 M dan meninggal dunia pada tahun 1973 M dalam usia 98 tahun di Tunisia.

Dr. Muhammad Widus Sempo, Dosen Senior (Senior Lecturer) Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). E-mail: [email protected] dan  [email protected]

Harakatuna
Harakatuna
Harakatuna.com merupakan media dakwah berbasis keislaman dan kebangsaan yang fokus pada penguatan pilar-pilar kebangsaan dan keislaman dengan ciri khas keindonesiaan. Transfer Donasi ke Rekening : BRI 033901002158309 a.n PT Harakatuna Bhakti Ummat

Mengenal Harakatuna

Artikel Terkait

Artikel Terbaru