29 C
Jakarta

Tafsir Alusi, Tafsir Isyari dari Bumi Iraq yang Tersohor

Artikel Trending

Asas-asas IslamTafsirTafsir Alusi, Tafsir Isyari dari Bumi Iraq yang Tersohor
Dengarkan artikel ini
image_pdfDownload PDF

Pertama kali saya mengenali tafsir ini ketika duduk mengaji di Al-Azhar, khususnya di peringkat Master dan Doktorah dalam bidang tafsir. Ketika itu, kami dianjurkan untuk membaca tafsir ini, bahkan beberapa halaman dari buku ini dijadikan sebagai modul tafsir untuk mahasiswa pasca sarjana di Azhar. Tafsir ini sangat diminati oleh banyak Profesor tafsir di Azhar, khususnya Syekh kami, Profesor Ibrahim Abdurrahman Khalifah (Khatimatul Mufassirin). Menurut pernyataan Syekh kami, Profesor Abdul Fattah Abdul Ghani, Profesor Ibrahim Khalifah telah menamatkan bacaan Tafsir Alusi ketika beliau masih lagi duduk belajar di bangku sekolah menengah.” Oleh itu, beliau seolah-olah sudah sehati sejiwa dengan tafsir ini. Ini terlihat jelas melalui penjelasan beliau yang sangat dalam terhadap maksud Alusi dalam tafsirnya tersebut.

Tafsir Alusi juga dikenal dengan nama Ruhul Maani fi Tafsir al-Quran al-Karim wa al-Sab’i al-Mathani (روح المعاني في تفسير القرآن الكريم والسبع المثاني). Syekh Alusi menulis tafsir ini bermula dari mimpi pada suatu malam, yaitu pada malam jum’at di bulan rajab tahun 1252 H. Di dalam mimpi tersebut dia melihat dirinya mendapat perintah dari Allah SWT untuk melipat langit dan bumi dan diperintahkan untuk memperbaiki kerusakan yang ada padanya,kemudian ia mengangkat salah satu tangannya ke langit dan meletakkan tangan yang satunya lagi ke tempat air, lalu ia terbangun dari tidurnya. Kemudian beliau menemukan tafsiran mimpinya tersebut dalam beberapa kitab bahwa hal tersebut adalah suatu isyarat bagi dirinya untuk menyusun kitab tafsir.

Pada bulan sya’ban tepatnya pada malam jum’at tanggal 16 sya’ban tahun 1252 H Alusi mulai menyusun sebuah kitab tafsir pada usia 34 tahun (di masa sultan Mahmud Khon Ibn Sulton Abdul Majid Khon), dan ia menyelesaikan penulisan tafsir tersebut pada malam selasa di bulan rabi’ul akhir tahun 1267 H (disusun dalam kurun waktu 15 tahun).

BACA JUGA  Tafsir Ayat Perang: Melihat Konteks Qs. al-Taubah [9]: 29 dalam Tafsir Buya Hamka

Hamka dalam penulisan tafsirnya menyebutkan pelbagai karya tafsir dan kekuatannya yang menjadi sumber rujukan dalam penulisan beliau. Di antara tafsir tersebut adalah tafsir Alusi, tafsir al-Manar, tafsir al-Qurtubi, tafsir al-Maraghi dan tafsir lainnya.

Keistimewaan Tafsir Alusi

Bagi penulis sendiri, Tafsir Alusi mempunyai keistimewaan tersendiri sehingga ia mendapat tempat di hati Hamka seperti berikut:

Pertama: tafsir ini mengumpulkan pelbagai pandangan tafsir daripada ulama salaf dan khalaf.

Kedua: Alusi sangat berhati-hati dengan pandangan tafsir yang dinukil. Beliau banyak kali mengomentari pandangan tafsir yang dianggapnya kurang tepat, seperti pandangan Fakhruddin al-Razi dalam pelbagai masalah.

Ketiga: walaupun beliau bermazhab Syafi’i, tetapi beliau tidak fanatik. Justru, beliau kadang memilih pandangan mazhab Hanafi dalam sebagian masalah fikih.

Keempat: Alusi juga mengomentari status riwayat israiliyat yang dimuat dalam tafsirnya.

Kelima: Alusi menyebutkan tafsir isyari setelah menjelaskan tafsir lahiriah suatu ayat atau kumpulan ayat. Kelebihan ini menjadikan tafsir Alusi disambut baik oleh kalangan sufi yang menggemari corak tafsir isyari.

Sungguh masih banyak kelebihan tafsir ini. Membaca tafsir ini perlu kepada keseriusan karena bahasanya sangat tinggi.

Siapakah syekh Alusi ini?

Beliau adalah Syekh tafsir dari Iraq, Mahmud Shihabuddin, Abu al-Thana’ al-Husaini al-Alusi yang lahir pada tahun 1217 H dan wafat pada tahun 1270 H.

Dr. Muhammad Widus Sempo, Dosen Senior (Senior Lecturer) Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

E-mail: [email protected] dan  [email protected]

Harakatuna
Harakatuna
Harakatuna.com merupakan media dakwah berbasis keislaman dan kebangsaan yang fokus pada penguatan pilar-pilar kebangsaan dan keislaman dengan ciri khas keindonesiaan. Transfer Donasi ke Rekening : BRI 033901002158309 a.n PT Harakatuna Bhakti Ummat

Mengenal Harakatuna

Artikel Terkait

Artikel Terbaru