27.1 C
Jakarta

Tafsir al-Manar, Tafsir Yang Lahir dari Rahim Pergerakan dan Dakwah

Artikel Trending

Asas-asas IslamTafsirTafsir al-Manar, Tafsir Yang Lahir dari Rahim Pergerakan dan Dakwah
Dengarkan artikel ini
image_pdfDownload PDF

Tafsir ini tidak lengkap dan ditulis oleh dua tokoh pembaharu Islam, yaitu Syekh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid Rida. Sangat perlu untuk mengetahui cara membedakan pandangan tafsir Syekh Muhammad Abduh dan muridnya Muhammad Rasyid Rida dalam tafsir tersebut. Untuk membedakan pandangan gurunya dan pandangannya sendiri, Muhammad Rasyid Rida menulis perkataan (وأقول) atau (وأنا أقول) yang bermaksud ‘dan aku berkata’ serta perkataan (وأزيد الآن) yang bermaksud ‘sekarang saya menambahkan sesuatu pandangan.’

Selain itu, sangat perlu juga diketahui bagian yang ditafsirkan oleh syekh Muhammad Abduh dan bagian mana yang ditafsirkan oleh Muhammad Rasyid Rida dalam Tafsir al-Manar. Menurut keterangan Muhammad Rasyid Rida sendiri dalam tafsir tersebut (1990: 5/359), Gurunya, syekh Muhammad Abduh menulis tafsir ini bermula dari surah Al-Fatihah hingga ayat 125 surah An-Nisa’ (وَمَنۡ أَحۡسَنُ دِينٗا مِّمَّنۡ أَسۡلَمَ وَجۡهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ وَٱتَّبَعَ مِلَّةَ إِبۡرَٰهِيمَ حَنِيفٗاۗ وَٱتَّخَذَ ٱللَّهُ إِبۡرَٰهِيمَ خَلِيلٗا ١٢٥). Selepas syekh Muhammad Abduh meninggal dunia pada tahun 1323 H/1905 M, Muhammad Rasyid Rida berniat menyempurnakan tafsir tersebut, namun beliau meninggal dunia pada tahun 1354 H/1935 M sebelum niat baiknya tersebut tercapai. Beliau hanya melanjutkan penulisan tafsir syekhnya hingga ayat 101 surah Yusuf (۞رَبِّ قَدۡ ءَاتَيۡتَنِي مِنَ ٱلۡمُلۡكِ وَعَلَّمۡتَنِي مِن تَأۡوِيلِ ٱلۡأَحَادِيثِۚ فَاطِرَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ أَنتَ وَلِيِّۦ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۖ تَوَفَّنِي مُسۡلِمٗا وَأَلۡحِقۡنِي بِٱلصَّٰلِحِينَ ١٠١).

Perlu juga diketahui latar belakang penulisan tafsir ini yang awalnya dimulai dengan penulisan artikel tafsir yang diterbitkan di majalah al-Urwah al-Wuthqa’ (مجلة العروة الوثقى) di bawah asuhan Syekh Jamaluddian al-Afghani dan Muhammad Abduh yang terbit di Paris ketika beliau berdua masih bermukim di sana. Di Cairo Mesir, Muhammad Rasyid Rida mengharapkan syekhnya menulis tafsir dengan metode yang sama ketika masih berada di Paris. Pendek cerita, Muhammad Rasyid Rida berhasil meyakinkan syekhnya tentang inisiatif baik tersebut. Oleh itu, Muhammad Abduh mulai mengajarkan tafsir di Masjid al-Azhar (جامع الأزهر) dan Muhammad Rasyid Rida menulis kembali tafsir tersebut dan diterbitkan di majalah al-Manar (مجلة المنار) setelah diteliti kembali (double check) oleh syekh Muhammad Abduh sendiri. Nama al-Manar bagi tafsir tersebut merupakan penjelmaan terhadap majalah al-Manar dengan nama yang sama.

Kemudian, perkara yang tidak kalah pentingnya untuk diketahui adalah gerakan islah yang dibawa oleh syekh Muhammad Abduh yang melihat perlu adanya perubahan dalam sistem pendidikan umat Islam ketika itu, yaitu reformasi pendidikan yang menggabungkan kebaikan dari Barat dengan kesempurnaan Islam. Beliau tidak menolak sesuatu yang dibawa oleh Barat secara membuta dan tidak juga menerimanya dengan cepat tanpa ditapis, tetapi membuat beberapa perubahan yang sesuai dengan keperluan masyarakat Islam (Ahmad Rais Johari, 2012). Ide islah dalam reformasi pendidikan ini menurut penulis adalah mempunyai kaitan dengan Islamisasi yang diusung oleh Sayyid Naqib al-Attas di Malaysia. Selain itu, Muhammad Abduh juga membawa ide Pan-Islamisme yang melihat perlu umat Islam bangkit melawan penjajahan dunia Eropa ketika itu.

Reformasi pendidikan dan pan-islamisme Muhammad Abduh banyak mempengaruhi Said Nursi di Turki dalam berjuang melawan pengaruh sekularisme yang kuat menggerogoti kehidupan muslim Turki ketika itu. Tentunya, sebagai seorang murid terhadap Syekh Muhammad Abduh, Muhammad Rasyid Rida terpengaruh dengan pandangan islah tersebut. Melaui majalah al-Manar, Muhammad Rasyid Rida mulai mengulas tentang cara berdakwah yang baik yang bukan hanya dengan lisan tetapi juga dengan tulisan, idealisme dan islah, menerangkan dasar-dasar Pan-Islamisme, menjelaskan pelbagai persoalan yang berkaitan dengan akidah dan hukum, mengulas paham  paham modernisme, sekularisme, nasionalisme dan mempelopori dialog dan pertukaran ide antara budaya, dan meneropong pemikiran baru berkait dengan falsafah agama dan budaya serta menangani isu-isu sosial dan peradaban.

BACA JUGA  Tafsir Ayat Perang: Melihat Konteks Qs. al-Taubah [9]: 29 dalam Tafsir Buya Hamka

Inilah corak pemikiran yang mewarnai Tafsir al-Manar yang kemudiannya dikenali dengan corak tafsir adabi ijtima’i (اللون الأدبي الإجتماعي) (Muhammad Ali Asadi, 2014:260-278). Ide islah dan pembaharuan Muhammad Rasyid Rida yang merupakan kelanjutan perjuangan syekh Muhammad Abduh turut mempengaruhi reformasi pendidikan dan islah di tanah Melayu Nusantara. K.H Ahmad Dahlan, tokoh besar Muhammadiyah banyak terpengaruh dengan ide islah Muhammad Rasyid Rida.

Demikianlah sebagian perkara penting yang perlu diketahui dalam Tafsir al-Manar sebelum memulai bacaannya. Di bawah ini beberapa keistimewaan Tafsir al-Manar seperti berikut:

Pertama: Muhammad Rasyid Rida menulis tafsirnya dengan bahasa yang mudah difahami oleh semua kalangan masyarakat Islam supaya islah yang diusungnya dapat diterima dengan baik. Hal ini kerana target utamanya adalah orang awam, selain kaum intelektual.

Kedua: Walaupun Muhammad Rasyid Rida banyak terpengaruh dengan pemikiran Muhammad Abduh, termasuk cara menafsirkan al-Quran, namun beliau memiliki pendirian sendiri dalam melanjutkan penulisan Tafsir al-Manar. Beliau berkata (1990:1/16), “Sesungguhnya aku punya pegangan sendiri dalam menafsirkan al-Quran setelah kewafatan syekhku, Muhammad Abduh. Pendekatan tafsirku lebih meluas berbanding syekhku berkaitan penggunaan banyak ayat al-Quran dan Sunnah dalam banyak perkara tafsir ataupun dalam memecahkan pelbagai masalah fiqhi yang diperdepatkan oleh ulama.”

Metode seperti inilah yang membawa Muhammad Rasyid Rida membuka ruang tafsir tematik (tafsir mawdu’i, التفسير الموضوعي) yang mengumpulkan banyak ayat al-Quran yang saling berkaitan dalam satu tema yang ingin ditafsirkan. Muhammad Rasyid Rida (1990: 2/259) meyakini bahawa ayat-ayat al-Quran saling menafsirkan antara satu sama lain dalam satu pertalian munasabah yang kuat.

Ketiga: Sebelum menafsirkan kumpulan ayat, Muhammad Rasyid Rida terlebih dahulu menjelaskan pertalian kumpulan ayat tersebut dengan kumpulan ayat lain yang telah ditafsirkan sebelumnya. Beliau mengetengahkan suatu ilmu yang diperkenalkan sebelumnya oleh al-Razi dalam tafsirnya, yaitu ilmu munasabah yang menonjolkan kesatuan tematik (al-Wahdah al-Mawduiyah, الوحدة الموضوعية) perbincangan satu surah dalam keseluruhan ayatnya.

Keempat: Muhammad Rasyid Rida menyebutkan status dan kedudukan hadis dan riwayat tafsir berkaitan dengan asbab nuzul ayat ataupun dalam perkara tafsir yang lain. Cara seperti ini membekalkan kepada peminat tafsir pengetahuan tambahan berkaitan derajat hadis yang disebutkan serta krtikan beliau terhadap sanad dan matan hadis.

Kelima: Beliau tidak banyak menyibukkan diri dengan masalah-masalah ilmu nahwu (sintaksis) dan balaghah al-Quran (estetika) kecuali jika diperlukan untuk menjelaskan makna ayat yang ditafsirkan. Hal ini kerana target utama tafsir ini adalah orang awam.

Keenam: Beliau juga mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihat berkaitan sifat-sifat Allah dengan menyebut takwil syekh Muhammad Abduh ataupun takwil beliau sendiri. Hal ini bertujuan untuk meyakinkan kaum intelektual yang banyak bergelut dengan pengetahuan alam dan falsafah materialisme yang tidak menerima sepenuhnya perkara-perkara gaib tanpa adanya takwil yang boleh diterima oleh akal falsafah mereka. Hal ini berdasarkan islah dan pembaharuan yang beliau ketengahkan kepada umat Islam.

Keenam: Beliau juga mengaitkan tafsiran ayat al-Quran dengan realiti kekinian masyarakat Islam ketika itu baik dalam masalah politik ataupun sosial kemasyarakatan.

Keenam: Beliau juga menyimpulkan di akhir kebanyakan setiap surah inti sari pengajaran, hukum dan maqasid surah tersebut.

Demikianlah sedikit banyaknya keistimewaan Tafsir al-Manar yang lahir dari tokoh islah dan pembaharu dari bumi Mesir, Syekh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid Rida.

Dr. Muhammad Widus Sempo, Dosen Senior (Senior Lecturer) Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

E-mail: [email protected] dan  [email protected]

 

 

 

Harakatuna
Harakatuna
Harakatuna.com merupakan media dakwah berbasis keislaman dan kebangsaan yang fokus pada penguatan pilar-pilar kebangsaan dan keislaman dengan ciri khas keindonesiaan. Transfer Donasi ke Rekening : BRI 033901002158309 a.n PT Harakatuna Bhakti Ummat

Mengenal Harakatuna

Artikel Terkait

Artikel Terbaru