25.6 C
Jakarta

Keistimewaan Tafsir al-Biqāʽi dalam Jejak Ilmu Tafsir

Artikel Trending

Asas-asas IslamTafsirKeistimewaan Tafsir al-Biqāʽi dalam Jejak Ilmu Tafsir
Dengarkan artikel ini
image_pdfDownload PDF

Tafsir al-Biqāʽi bergenre tafsir aqli yang banyak memeras tenaga dan pikiran dalam mengulas keharmonian (munasabah) ayat dan surah antara satu sama lain dalam al-Quran. Prof Dr Quraish Shihab, meraih gelar doktor di bidang tafsir dengan mengkaji keotentikan tafsir al-Biqāʽi (kajian tahkik).  Pada pandangan penulis, Quraish Shihab tentunya banyak terpengaruh dengan ilmu munasabah yang banyak mewarnai tafsir al-Biqāʽi.

Quaish Shihab dalam tafsirnya pun menekankan aspek yang sama dan gerak kerja tafsir yang serupa dengan pelbagai nilai tambah yang tidak ditemukan dalam tafsir al-Biqāʽi. Oleh itu, aspek keharmonian ayat dan surah antara satu sama lain pun menjadi perhatian serius Quraish Shihab.

Judul tafsirnya saja ‘Tafsir al-Misbah: Pesan, Kesan dan Keserasian al-Quran’ sudah mencerminkan pernyataan tersebut. Walaupun demikian, tafsir al-Biqāʽi ini kurang sesuai untuk menjadi bacaan masyarakat awam karena perbincagan tafsir di dalamnya sangat mendalam dan sukar diikuti oleh orang awam yang tidak mempunyai pengetahuan tentang ilmu munasabah khususnya dan ilmu balaghah secara umum.

Berdasarkan nama asal tafsir ini Nam al-Durar fi Tanāsub al-Āyāt wa al-Suwar (نظم الدرر في تناسب الآيات والسور), sudah tentu al-Biqāʽi memberi perhatian serius aspek keharmonian ayat dan surah antara satu sama lain. Keharmonian yang dimaksudkan ini dalam istilah tafsir Quraish Shihab adalah keserasian dalam al-Quran.

Penulisan tafsir ini memakan masa 14 tahun. al-Biqāʽi mulai menulis tafsirnya pada bulan Sya’ban tahun 861 H dan menamatkannya pada Sya’ban tahun 875 H. Tafsir ini banyak mendapatkan pujian ulama karena gaya penulisannya yang rapi dengan makna yang padat (Ḥāji Khalīfah, 1941: 2/1962).

Multi talenta keilmuan al-Biqāʽi merupakan proses belajar yang panjang dari banyak syeikh, seprti Ibn Ḥajar al-ʽAsqalāni adalah syeikhnya dalam bidang hadis. Selain itu, Ibn al-Jazari adalah syeikhnya dalam bidang qiraat dan Ibn Qāḍi Shuhbah adalah syeikhnya dalam bidang fiqhi (al-Biqāʽi, t.th: 5/190, 6/278).

Keilmuan yang luas inilah yang memberi kesan yang signifkan terhadap nilai tafsir al-Biqāʽi yang banyak mendapatkan pujian dari ulama. Al-Shawkāni berkata (t.th: 1/20), “Siapa yang menelaah tafsir al- Biqāʽi yang banyak menyentuh aspek keharmonian ayat dan surah antara satu sama lain, maka ia akan melihat sosok al-Biqāʽi sebagai wadah ilmu pengetahuan dengan kecerdasan dan IQ yang tinggi. Saya terkadang mencari sesuatu, tetapi saya tidak menemukannya dalam mana-mana tafsir, kecuali dalam tafsir Biqāʽi.”

Tafsir al-Biqāʻi mempunyai banyak keistimewaan tersendiri. Di antara keistimewaan yang paling bersinar adalah kemampuan al-Biqāʻi menunjukkan aspek kemukjizatan tata bahasa al-Quran melalui keharmonian dan keserasian ayat dan surah al-Quran antara satu sama lain dengan perpaduan yang menyatu.

Aspek keserasian al-Quran ini dikenali dalam studi ilmu-ilmu al-Quran dengan teori Nam al-Quran ((نظرية نظم القرآن. Teori ini disempurnakn oleh ʻAbd al-Qāhir al-Jurjāni (w. 471 H) dan dikembangkan lagi oleh ʻAbd al-Ḥamīd al-Farāhi al-Hindi (w. 1349 H/1930 M) dalam bukunya Niẓām al-Qurān (نظام القرآن) (Anugerah Machfuddin & Bey Zekkoub Abdelali, 2018: 21). Pendekatan tafsir seperti ini memainkan peranan penting dalam menampakkan kemukjizatan pola susunan al-Quran yang unik lagi sistematik (Muḥammad al-Sayyid Jibrīl, t.th: 31).

BACA JUGA  Tafsir Ayat Perang: Melihat Konteks Qs. al-Taubah [9]: 29 dalam Tafsir Buya Hamka

Keistimewaan ini memberi kesan banyak terhadap corak tafsir al-Biqāʻī. Di antara pola keserasian dan keharmonian al-Quran yang ditunjukkan dalam tafsir ini adalah keserasian ayat dan surah antara satu sama lain, keserasian nama surah dengan kandungan perbincangan yang terdapat di dalamnya, tafsir basmalah diharmonikan dengan tujuan utama setiap surah, keserasian dan keterkaitan permulaan surah dan pengakhirannya dengan tali munasabah yang kuat. Walaupun demikian, al-Biqāʻi tidak mengabaikan aspek qiraat dan kekuatan hadis dan riwayat salaf yang dapat menguatkan tafsirannya berdasarkan teori Nam al-Qurān tersebut.

Siapakah al-Biqāʻī ini?

Ibrāhīm bin ʻUmar bin Ḥasan al-Rubāṭ bin ʻAli in Abi Bakr al-Biqāʻī. Nama panggilan beliau adalah Abu al-Ḥasan dan bergelar Burhāuddīn (برهان الدين) yang bermaksud hujah agama. Beliau adalah seorang ahli sejarah dan sastrawan. Beliau berasal dari kampung al-Biqāʻ(البقاع) di Suriah, kemudian berhijrah ke Baitul Maqdis dan Kairo. Beliau lahir pada tahun 809 H/1406 M dan meninggal dunia di Damaskus pada tahun 885 H/1480 M. Di bawah ini buah tangan al-Biqāʽi kepada pembaca dalam banyak aspek ilmu pengetahuan:

  • Nam al-Durar fi Tanāsub al-Āyāt wa al-Suwar (نظم الدرر في تناسب الآيات والسور)
  • ʽUnwān al-Zamān fi Tarājum al-Suyūkh wa al-Aqrān (عنوان الزمان في تراجم الشيوخ والأقران). Kitab ini merangkumi biografi al-Biqāʽi dan ulama lain.
  • Kifāyat al-Qāri wa Ghunyat al-Muqri bi Qirāat Abi ʽAmru al-ʽAlā al-Bari (كفاية القاري وغنية المقري بقراءة أبي عمرو بن العلاء البصري) dalam ilmu qiraat.
  • Al-Bāḥah fi ʽIlmay al-isāb wa al-Masāhah (الباحة في عملي الحساب والمساحة).
  • Akhbār al-Jallād fi Fath al-Bilād (أخبار الجلاد في فتح البلاد).
  • Badhlu al-Nuṣḥi wa al-Shafaqah li al-Taʽrīf bi ubati Waraqah (بذل النصح والشفقة للتعريف بصحبة ورقة).
  • Ish’ār al-Wāʽi bi Ashʽāri al-Biqāʽi (إشعار الواعي بأشعار البقاعي). Kitab ini mengandungi syair-syair al-Biqāʽ
  • Jawāhir al-Biar fi Nami Sīrat al-Mukhtār (جواهر البحار في نظم سيرة المختار) dalam sejarah baginda Nabi SAW. Selain buku ini, al-Biqāʽi juga memiliki buku yang berjudul Mukhtaar fi al-Sīrah al-Nabawiyyah wa al-Thalathah al-Khulafā(مختصر في السيرة النبويّة والثلاثة الخلفاء).
  • Al-Qawl al-Mufīd fi Uṣūl al-Tajwīd (القول المفيد في أصول التجويد) dalam ilmu tajwid.
  • Sir al-Rūh (سر الروح) tentang ruh.
  • Maraʽ al-Taawwuf (مصرع التصوف) dalam ilmu tasawuf.
  • Maṣāʽid al-Nar li al-Ishrāf ʽala Maqāṣid al-Suwar (مصاعد النظر للإشراف على مقاصد السور). (al-Zarkali, 2002: 1/56; al-Iṣlāḥi, Muḥammad Ajmal Ayyūb, 2005: 60).

Dr. Muhammad Widus Sempo

Senior Lecturer Faculty of Quranic and Sunnah Studies,

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Orcid ID: https://orcid.org/0000-0003-1489-2129

Researchgate Id: https://www.researchgate.net/profile/Muhammad_Widus_Sempo

 

Harakatuna
Harakatuna
Harakatuna.com merupakan media dakwah berbasis keislaman dan kebangsaan yang fokus pada penguatan pilar-pilar kebangsaan dan keislaman dengan ciri khas keindonesiaan. Transfer Donasi ke Rekening : BRI 033901002158309 a.n PT Harakatuna Bhakti Ummat

Mengenal Harakatuna

Artikel Terkait

Artikel Terbaru