31.4 C
Jakarta

Keistimewaan Tafsir Al-Baghawi dalam Jejak Ilmu Tafsir

Artikel Trending

Asas-asas IslamTafsirKeistimewaan Tafsir Al-Baghawi dalam Jejak Ilmu Tafsir
Dengarkan artikel ini
image_pdfDownload PDF

Tafsir al-Baghawi dalam genre tafsir yang sama dengan Tafsir Ibn Kathir, yaitu tafsir yang bergenre tafsir bi al-Ma’thur yang banyak bertumpu pada riwayat tafsir baginda Nabi SAW, sahabat dan tabiin. Walaupun demikian, tafsir ini kalah populer daripada Tafsir Ibn Kathir di Nusantara. Masyarakat Melayu lebih mengenal baik Tafsir Ibn Kathir berbanding Tafsir al-Baghawi, meskipun Ibn Kathir sendiri sangat memuji al-Baghawi. Di dalam kitab al-Bidayah wa al-Nihayah Ibn Kathir berkata (1988: 12/237), “Al-Baghawi adalah ulama yang tersohor dalam bidang tafsir, hadis dan fiqhi pada zamannya.”

Menurut kajian Mohd Sholeh Sheh Yusuff (2014: 155), Tafsir Nur al-Ihsan di alam Melayu, karya Syeikh Muhammad Saʽid bin Umar banyak mengambil bahan penulisan dari Tafsir al-Baghawi. Selain itu, jejak tafsir dalam kitab Kashf al-Dzunun, karya  Haji Khalifah (1941 H: 2/1726) juga melacak adanya ringkasan (mukhtashar) terhadap tafsir ini yang ditulis oleh Syeikh Tajuddin, Abu Nasr Abdul Wahab bin Muhammad bin al-Husaini (w. 875 H).

Nama asal kitab tafsir ini adalah Maʽalim al-Tanzil fi Tafsir al-Quran (معالم التنزيل في تفسير القرآن) yang bermaksud kitab tafsir yang menjelaskan kandungan al-Quran (Afaf Abdul Ghafur hamid, 1983: 65).

Menurut al-Baghawi dalam mukadimah tafsirnya (1420 H: 1/11), tafsirnya tersebut merupakan jawaban terhadap niat baik murid-muridnya yang meminta beliau untuk menulis kitab tafsir yang sederhana. Oleh itu, tafsir ini disederhanakan pembahasannya sehingga sesuai untuk semua peringkat pembaca (Afaf, 1983: 65).

Selain itu, al-Baghawi menyebut sumber rujukan utama tafsirnya untuk memudahkan pembaca mengikut gerak kerja tafsirnya. Dalam bidang tafsir, al-Baghawi menyebut 13 tafsir bi al-Ma’thur sebagai sumber utama yang banyak mewarnai tafsirnya, seperti tafsir Ibn Abbas, tafsir Mujahid bin Jubayr al-Makki, tafsir Ata’ bin Abi Rabah, tafsir al-Hasan al-Basri, tafsir Qatadah, tafsir Abi al-Aliyah, tafsir Muhammad bin Ka’ab al-Quraziy, Tafsir Zayd bin Aslam, tafsir al-Kalbi, tafsir al-Dahhak, tafsir Muqatil bin Hayyan, tafsir Muqatil bin Sulayman dan tafsir al-Suddi (al-Baghawi, 1420 H:1/47).  Menurut Afaf (1983: 70), bukan hanya ini sumber rujukan al-Baghawi dalam tafsirnya, tetapi ia juga mengambil banyak pandangan ahli tafsir lain, seperti tafsir Said bin Jubayr.

Al-Baghawi turut mengambil riawayat sejarah Wahab bin Munabbih dan riwayat Muhammad bin Ishaq yang mengisahkan peperangan (al-Baghawi, 1420 H: 1/53).

Seterusnya, al-Baghawi juga menyebutkan rujukan utamanya dalam qiraat, seperti qiraat Abu Nasr, Muhammad bin Ahmad bin Ali al-Muqri al-Muruzi dan pelbagai ahli qiraat yang muktabar, seperti Abu Ja’far, Yazid bin al-Qa’qah al-Madani, Abu Abdurrahman, Nafi’ bin Abdirrahman al-Madani, Abu Maʽbad Abdullah bin Kathir al-Makki, Abu Imran Abdullah bin Amir al-Shami, Abu Muhammad bin Ya’qub bin Ishaq al-Basri, Abu Bakr Ashim bin Abi al-Najud al-Asadi al-Kufi dan lainnya (al-Baghawi, 1420 H: 1/54-55).

Menurut Afaf (1983: 76-77), di antara nama pakar bahasa yang banyak mewarnai kajian bahasa dalam tafsir al-Baghawi adalah Ibn al-Anbari Muhammad bin al-Qasim bin Muhammad Abu Bakr (w. 328 H), Ibn Kaysan Muhammad bin Ahmad (w. 299), Abu Ubaydah al-Nahwi Ma’mar bin al-Muthanna (w. 209), al-Akhfash Said bin Mas’adah (w. 215 H), al-Azhari Muhammad bin Ahmad (w. 370 H), al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi (w. 170 H), al-Zajjaj Ibrahim bin al-Sariy (w. 312 H), Sibawayhi Amru bin Uthman (w. 180 H), al-Farra’ Yahya bin Ziyad (w. 207 H), Ibn Qutaybah al-Dinawari Abdullah bin Muslim (w. 276 H), Qutrub Muhammad bin al-Mustanir (w. 206 H), al-Kisai Ali bin Hamzah (w. 180 H), al-Mibrad Muhammad bin Yazid (w. 285).

BACA JUGA  Tafsir Ayat Perang: Melihat Konteks Qs. al-Taubah [9]: 29 dalam Tafsir Buya Hamka

Berikut ini keistimewaan Tafsir al-Baghawi menurut kaca mata Afaf Abdul Ghafur Hamid yang menulis tesis master tentang metode tafsir al-Baghawi di Universitas Umm al-Qura (جامعة أم القرى) pada tahun 1980.

  • Persembahan yang rapi dengan bahasa yang mudah difahami.
  • Menjauhkan diri dari penggunaan istilah-istilah ilmiah yang sukar difahami dan perdebatan ilmiah yang sulit diikuti oleh orang awam.
  • Tidak banyak menyentuh masalah furu’ dan berusaha keras menjauhkan diri dari pengulangan masalah yang sama dalam banyak tempat.
  • Menyebutkan pofil surah secara singkat.
  • Menjelaskan makna ayat dengan bahasa yang jelas.
  • Menyentuh perkara bahasa al-Quran dengan cara yang sederhana serta qiraat.
  • Memilih pandangan Ahlu Sunna wa al-Jamaah ketika menafsirkan ayat yang berkaitan dengan masalah akidah.
  • Demikian juga halnya dalam masalah fiqhi. Al-Baghawi menyebut pelbagai mazhab fiqhi ecara ringkas, kemudian menyebut pandangan Iman Syafi’I dan Abu Hanifah (Afaf, 1983: 78-69).

Oleh itu, ulama banyak memuji ketokohan al-Baghawi dalam bidang pengajian Islam, termasuk bidang tafsir. Imam al-Dhahabi berkata (2006: 14/329), “Dia terhormat dan dipandang mulia dalam bidang tafsir.” Al-Subki juga berkata (1413 H :7/76), “Darjatnya tinggi dalam agama, tafsir, hadis dan fiqhi.” Al-Suyuti berkata (1396 H: 1/49-50), “Dia adalah imam dalam bidang tafsir.”

Selain itu, tafsir al-Baghawi turut mendapatkan pujian al-Khazin dalam mukadimah tafsirnya, “Tafsir al-Baghawi termasuk karya tafsir yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam mizan ilmu tafsir yang memuat pandangan tafsir yang sahih, hadis-hadis baginda Nabi SAW, pembahasan hukum, pelbagai kisah yang aneh dan cerita orang-orang terdahulu. Di samping itu, persembahannya sangat rapi dengan ungkapan yang sistematik.” (al-Khazin, 1415 H: 1/3-4).

Menurut Ibn Taymiyah (1980: 51), tafsir ini sangat dekat kepada al-Quran dan Sunnah. Selaini tu, ia lebih selamat daripada bid’ah dan hadis-hadis yang lemah.

Siapakah al-Baghawi ini?

Beliau adalah al-husayn bin Masʽud bin Muhammad al-Bghawi. Beliau bergelar Muhyiy al-Sunnah (محيي السنة) yang bermaksud dia telah menghidupkan Sunnah baginda Nabi SAW. Beliau adalah ulama populer dalam bidang hadis, fiqhi dan tafsir. Kampung keliharan beliau adalah Bagha (بَغَا) yang terletak di kawasan Khorazan. Belia lahir pada tahun 436 H dan wafat pada tahun 510 H (al-Zarkali, 2002: 2/258-259).

Dr. Muhammad Widus Sempo

Senior Lecturer Faculty of Quranic and Sunnah Studies,

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Orcid ID: https://orcid.org/0000-0003-1489-2129

Researchgate Id: https://www.researchgate.net/profile/Muhammad_Widus_Sempo

 

 

 

 

 

 

Harakatuna
Harakatuna
Harakatuna.com merupakan media dakwah berbasis keislaman dan kebangsaan yang fokus pada penguatan pilar-pilar kebangsaan dan keislaman dengan ciri khas keindonesiaan. Transfer Donasi ke Rekening : BRI 033901002158309 a.n PT Harakatuna Bhakti Ummat

Mengenal Harakatuna

Artikel Terkait

Artikel Terbaru