25.4 C
Jakarta

Ensiklopedia Hukum Islam dalam Tafsir al-Qurtubi

Artikel Trending

Asas-asas IslamTafsirEnsiklopedia Hukum Islam dalam Tafsir al-Qurtubi
Dengarkan artikel ini
image_pdfDownload PDF

Saya tidak pernah mendengar tafsir ini sewaktu mengaji di pesantren. Ia bukanlah tafsir pondok seperti halnya Tafsir al-Jalalain. Tafsir ini mempunyai genre dan level tersendiri yang lebih tinggi lagi. Al-Azhar salah satu universitas Islam yang mengajarkan tafsir ini untuk pelajar peringkat Master. Ketika duduk belajar di peringkat sarjana, kami mendengar Tafsir al-Qurtubi diajarkan oleh Prof Dr. Ibrahim Abdurrahman Khalifah (al-Muhaqqiq al-Mudaqqiq) rahimahullah untuk pelajar pasca dalam bidang tafsir dan ilmu-ilmu al-Quran. Sudah tentu, ulama yang berkemampuan mengajarkan tafsir ini bukanlah ulama biasa, tetapi ulama yang mempunyai keilmuan dan keintelektualan yang disegani dan dihormati.

Saya mulai membaca tafsir ini ketika menulis tesis dan disertasi ilmiah di Al-Azhar dalam jurusan tafsir. Selalunya, saya membuka tafsir untuk mengetahui status dan derajat suatu hadis atau riwayat tafsir. Hal ini kerana al-Qurtubi kebanyakannya menyebutkan kedudukan hadis yang dimuat dalam tafsirnya, khususnya riwayat-riwayat israiliyat.

Kedekatan dengan Tafsir al-Qurtubi terus berlanjut melalui penulisan akademik yang memerlukan tafsir ini sebagai rujukan utama, khususnya ketika menulis buku ‘114 Formula Quranik Dalam Membina Insan yang Berkualiti’ yang diterbitkan oleh USIM PRESS pada tahun 2019. Al-Qurtubi menyebutkan profil setiap surah secara singkat sebelum memulai tafsirnya.

Berdasarkan judul asal tafsir ini ‘al-Jami’ li Ahkam al-Quran’ (الجامع لأحكام القرآن), diketahui bahwa al-Qurtubi memiliki niat besar untuk menulis tafsir al-Quran yang memuat banyak hukum Islam. Namun, pertanyaannya, “Apakah hanya hukum Islam yang dimuat di dalam tafsir ini?”

Sudah tentu tidak. Tafsir ini juga memuat banyak perkara tafsir yang lain seperti Asbab Nuzul ayat, masalah nahwu (sintaksis) dan qiraat. Dalam masalah nahwu al-Quran, al-Qurtubi banyak mengutip pandangan Ibn Atiyyah dalan tafsirnya al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Quran. Selain itu, al-Qurtubi juga banyak mengutip riwayat tafsir bersanad dari Syeikhul Mufassirin, Ibn Jarir al-Tabari dan al-Baghawi dalam tafsir mereka berdua (Miftah al-Sanusi Bal’am, 1998: 151).

Sungguh tafsir ini mempunyai banyak keistimewaan sehingga menjadi pilihan banyak ulama tafsir untuk dijadikan sebagai bahan kuliah atau bahan kajian. Selain Profesor Ibrahim Khalifah di Al-Azhar, Dr. Abdul Karim bin Abdullah al-Khudair (1436 H) juga termasuk ulama yang dekat dengan tafsir ini. Menurut keterangan beliau sendiri, beliau sudah mengajarkan tafsir ini lebih dari 22 tahun dan beliau mempunyai komentar terhadap tafsir ini. Menurut beliau, tafsir ini adalah tafsir terbaik yang ditulis untuk memuat banyak hukum Islam dalam tafsir.

Selain itu, tafsir ini memerhatikan aspek Asbab Nuzul, qiraat, bahasa al-Quran, i’rab dan takhrij hadis, menjelaskan makna kalimat al-Quran yang kurang akrab ditelinga, menyebutkan pandangan fiqhi para ulama berkaitan hukum yang terkandung di dalam ayat, mengumpulkan pandangan tafsir para ulama baik salaf dan khalaf, menyebut syair sebagai dalil penguat. Selain itu, beliau terkadang memberikan komentar terhadap pandangan tafsir yang datang dari ulama tafsir sebelumnya seperti Ibn Jarir al-Tabari, Ibn Atiyyah, Ibn al-Arabi, al-Kiya al-Harrasi dan Abi Bakr al-Jassas.

BACA JUGA  Tafsir Ayat Perang: Melihat Konteks Qs. al-Taubah [9]: 29 dalam Tafsir Buya Hamka

Al-Qurtubi menjauhi cerita israiliyat yang banyak memenuhi kitab-kitab tafsir terdahulu. Sekiranya al-Qurtubi menyebutkan riwayat israiliyat ini, maka beliau kebanyakannya mengingatkan status israiliyat tersebut. Ia juga menolak pandangan para ahli falsafah, Mu’tazilah dan sebagian ahli sufi yang ekstrem dalam banyak perkara tafsir yang melibatkan pandangan mereka.

Terkait dengan pembahasan fiqhi dalam tafsir ini, al-Qurtubi menguasai pelbagai pandangan fiqhi dalam suatu masalah dan menyebutkan pelbagai peristiwa dan masalah yang pernah berlaku serta hukum yang difatwakan. Beliau akan mengumpulkan semua perkara yang berkaitan dengan masalah tersebut.

Salah satu contohnya, perkataan seorang suami kepada isterinya, “Engkau telah haram bagiku atau haram bagiku menyentuhmu (أنت علي حرام).” Al-Qurtubi menyebutkan dalam masalah ini 18 pandangan ulama ketika menafsirkan ayat pertama surah At-Tahrim (al-Qurtubi, 1964: 18/180). Kemudian, sekiranya satu ayat mengandungi banyak masalah fiqhi, al-Qurtubi menyebutkan satu persatu masalah tersebut bersama dengan pandangan ulama dalam setiap masalah.

Keistimewaan berikutnya, al-Qurtubi melibatkan pelbagai perkara tafsir seperti asbab nuzul dan kajian bahasa untuk menyelesaikan masalah fiqhi yang didiskusikan. Walaupun beliau bermazhab Maliki, tetapi beliau netral dalam mentarjih berdasarkan kekuatan dalil yang dimiliki setiap mazhab. Selain itu, al-Qurtubi juga menyebutkan titik temu dan titik perbedaan antara para ulama fiqhi dalam suatu masalah. Beliau juga mengambil berat masalah furu’ fiqhi (الفروع الفقهية) yang ditakhrij berdasarkan kaedah ilmu ushul fiqhi. Ringkasnya, selain seorang mufassir yang hebat, beliau adalah seorang faqih dan ushuli yang mumpuni (Amir bin Isa al-Lahw, 1429 H: 13-14).

Siapakah al-Qurtubi ini?

Beliau adalah Abu Abdillah, Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Anshari al-Khazraji al-Andalusi al-Qurtubi yang lahir di Cordoba (قرطبة) Spanyol. Beliau kemudiannya hijrah ke Mesir dan menjalani kehidupan sebagai seorang yang lagi zuhud di bagian timur Asyuth (أسيوط), tepatnya di Minya (المنيا). Beliau meninggal di sana pada tahun 671 H (al-Zarkali, 2002: 5/322).

Dr. Muhammad Widus Sempo, Dosen Senior (Senior Lecturer) Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

E-mail: [email protected]

[email protected]

Orcid ID: https://orcid.org/0000-0003-1489-2129

 

Harakatuna
Harakatuna
Harakatuna.com merupakan media dakwah berbasis keislaman dan kebangsaan yang fokus pada penguatan pilar-pilar kebangsaan dan keislaman dengan ciri khas keindonesiaan. Transfer Donasi ke Rekening : BRI 033901002158309 a.n PT Harakatuna Bhakti Ummat

Mengenal Harakatuna

Artikel Terkait

Artikel Terbaru