26.7 C
Jakarta

Tata Bahasa al-Quran dalam Tafsir Abu Hayyan al-Andalusi

Artikel Trending

Asas-asas IslamAl-Qur’anTata Bahasa al-Quran dalam Tafsir Abu Hayyan al-Andalusi
Dengarkan artikel ini
image_pdfDownload PDF

Tafsir ini kurang sesuai untuk selera tafsir orang awam. Pembahasan tafsir ini cukup rumit karena banyak bermain dengan perkara dasar tata bahasa al-Quran seperti masalah ilmu nahwu (sintaksis), balaghah (estetika) dan qiraat. Hal ini wajar karena Abu Hayyan al-Andalusi sebagai penulis tafsir ini sangat kuat penguasaannya terhadap tata bahasa Arab. Al-Shafadi berkata (2000: 5/175), “Abu Hayyan al-Andalusi dalam bidang ilmu nahwu (sintaksis) dan ilmu shorof (morfologi) adalah imam yang mendunia.

Sukar mencari ulama yang setanding dengan beliau dalam aspek tersebut.”  Olehnya itu, tafsir ini lebih sesuai untuk ditawarkan kepada pelajar peringkat sarjana, master dan PhD. Tidak heran jika tafsir ini menjadi rujukan utama para pelajar dan pengkaji tata bahasa al-Quran, khususnya masalah ilmu nahwu dan balaghah.

Tafsir ini dalam kategori tafsir bi al-raʽyi (تفسير بالرأي) yang menonjolkan kecemerlangan wawasan seorang mufassir berdasarkan kekuatan tarjih dan analisis yang diketengahkan. Berbekalkan kekuatan dan penguasaan tata bahasa Arab, Abu Hayyan al-Andalusi mentarjih suatu pandangan tafsir dan memilih qiraat yang bersesuaian dengan maksud ayat. Olehnya itu, sebagian ulama berpandangan bahwa tafsri Abu Hayyan al-Andalusi lebih dekat kepada kitb ilmu nahwu berbanding kitab tafsir (Sya’ban Muhammad Ismail, t.th.: 2/252).

Bijak penulis, pandangan ini kurang objektif karena tata bahasa al-Quran yang melibatkan ilmu nahwu dan shorof (sintaksis dan morfologi) merupakan elemen utama dalam tafsir dan Abu Hayyan sendiri sangat kuat penguasaannya dalam bidang ini.

Olehnya itu, tidak heran jika beliau banyak menyentuh masalah ilmu nahwu dalam al-Quran berdasarkan kekuatan dan penguasaan ilmu yang dimilikinya. Hal ini wajar karena Abu Hayyan al-Andalusi banyak mengambil bahan penulisan tafsir dari Tafsir al-Zamakhsyari dan Tafsir Ibn Atiyyah al-Andalusi di mana kedua tafsir ini sangat popular sebagai tafsir yang memberikan penekanan lebih terhadap aspek tata bahasa al-Quran. Selain itu, beliau juga banyak mengambil bahan penulisan tafsir dari kitab al-Tahrir wa al-Tahbir li Aqwal al-Tafsir (التحرير والتحبير لأقوال التفسير) karya Ibn al-Naqib (w. 698 H).

Menurut keterangan Haji Khalifah (1941: 1/226), kitab tafsir ini diringkas sendiri oleh Abu Hayyan dengan ringkasan yang berjudul al-Nahru al-Maddu min al-Bahri (النهر الماد من البحر المحيط).  Abu Hayyan sadar bahwa pembahasan Tafsir al-Bahru al-Muhith sangat sukar dan terlalu panjang lebar (Muhammad Salim Muhaysin, 1992: 1/153).

Menyadari keistimewaan Tafsir Abu Hayyan al-Andalusi yang kuat dalam aspek pembahasan ilmu nahwu, aspek ini pun menjadi perhatian ramai murid dan sahabat Abu Hayyan sendiri sehingga melahirkan beberapa buku dalam bentuk ringkasan (al-mukhtashar) seperti ringkasan muridnya, syeikh Tajuddin, Ahmad bin Abdul Qadir bin Maktum (w. 749 H) yang berjudul al-Dur al-Laqith (الدر اللقيط). Mukhtashar Syeikh Tajuddin ini  merupakan ringkasan terhadap kajian Abu Hayyan dalam aspek tata bahasa al-Quran, khususnya ilmu nahwu yang melibatkan pandangan al-Zamakhsyari, Ibn Atiyyah.

BACA JUGA  Saat Ramadhan, Ini Waktu Utama untuk Membaca Al-Qur'an

Perkara yang sama juga dilakukan oleh Syeikh Taqiyyuddin, Abdurrahman al-Baghdadi (w. 781 H) yang meringkas kajian nahwu Abu Hayyan dalam tafsirnya (Umar Rida Kahhalah, t.th.: 5/121). Al-Samin al-Halabi (w. 756 H) dalam kitabnya ‘al-Dur al-Masun fi Ilmi al-Kitab al-Maknun (الدر المصون في علم الكتاب المكنون) turut meringkas kajian nahwu Abu Hayyan dalam tafsirnya dan banyak memberikan komentar (Adil Nuwaehid, 1988: 1/84). Syeikh Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim al-Qaysi al-Safaqesi (w. 743 H) turut menulis kitab I’rab al-Quran (إعراب القرآن) yang mengambil bahan penulisannya dari Tafsir al-Bahru al-Muhith dan kitab I’rab Abu al-Baqa’ dan kitab lain (Ibn Farhun, t.th.: 1/279).

Tafsir ini dibekalkan dengan metode tafsir yang ditulis sendiri oleh Abu Hayyan al-Andalusi dalam mukadimah tafsirnya. Keistimewaan ini memudahkan pengkaji tafsir untuk mengenal dengan baik gerak kerja tafsir ini. Di bawah ini metode tafsir beliau seperti berikut:

  • Menjelaskan makna kosa kata al-Quran.
  • Menyebut sebab nuzul ayat sebelum memulai penafsiran.
  • Menyingkap munasabah ayat antara satu sama lain.
  • Menyebutkan jenis-jenis qiraat dan memilih jenis qiraat yang bersesuaian dengan maksud ayat berdasarkan penguasaan bahasa Arab yang dimilikinya.
  • Menyebutkan pandangan tafsir ulama salaf dan khalaf dan memilih pandangan yang kuat di antara kebanyakan pandangan berdasarkan kekuatan dalil yang dimilkinya.
  • Menyentuh aspek balaghah al-Quran.
  • Memilih pandangan fiqhi di antara banyak pandangan ulama berdasarkan kekuatan dalil yang dimilikinya (Abu Hayyan al-Andalusi, 1420 H: 1/12).

Siapakah Abu Hayyan al-Andalusi ini?

Beliau adalah Athiruddin al-Andalusi Abu Hayyan, Muhammad bin Yusuf bin Ali bin Yusuf bin Hayyan, seorang mufassir dan ahli fiqhi dalam mazhab Syafi’i yang memiliki kepakaran yang disegani dalam ilmu nahwu. Beliau lahir pada tahun 654 H dan wafat di Mesir pada tahun 745 H (Ismail bin Muhammad, 1951: 2/153).

Dr. Muhammad Widus Sempo, Senior Lecturer Faculty of Quranic and Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Orcid ID: https://orcid.org/0000-0003-1489-2129

 

 

Harakatuna
Harakatuna
Harakatuna.com merupakan media dakwah berbasis keislaman dan kebangsaan yang fokus pada penguatan pilar-pilar kebangsaan dan keislaman dengan ciri khas keindonesiaan. Transfer Donasi ke Rekening : BRI 033901002158309 a.n PT Harakatuna Bhakti Ummat

Mengenal Harakatuna

Artikel Terkait

Artikel Terbaru