28.4 C
Jakarta
Array

Mendamaikan Yesus dengan Muhammad

Artikel Trending

Mendamaikan Yesus dengan Muhammad
Dengarkan artikel ini
image_pdfDownload PDF

Betapa kejamnya tetak bengek radikalisme yang mengalihkan semua kekerasan pada “atas nama Agama”. Dan parahnya, hampir segala bentuk kekerasan yang terjadi di bumi Nusantara ini, diklaim bersumber dari Agama Islam. Klaim-kalim ini terus terjadi berkepanjangan sebab kerasnya paham radikalisme bergedok agama pada kisah terorisme 8 tahun lalu.

Ceritra pengebomaman rumah ibadah Surabaya-Sidoarjo di 13-14 Mei 2018 lalu masih terigat jelas. Serangan pada beberapa rumah ibadah tersebut menjadi bahan “umpatan” yang terus menerus berceceran pada kalangan Muslimin. Padahal, hakikatnya kasus yang demikian ini sama sekali tidak ada sangkut-pautnya dengan ajaran agama. Melainkan agenda politik pecah belah yang menjadikan agama sebagai subjek objek hegemoni.

Islam adalah agama yang dipenuhi dengan semangat toleransi terhadap agama-agma lain. Hubungan Islam khususnya dengan agama samawi (ahlul kitab) yang lain, iaitu Kristian dan Yahudi juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Dengan sebab itulah kita dibenarkan memakan haiwan sembelihan mereka dan juga Muslim lelaki dibenarkan mengahwini perempuan ahlul kitab.

Akan tetapi, hubungan Islam dengan penganut agama Kristian adalah lebih rapat berbanding dengan penganut agama Yahudi. Fakta ini jelas termaktub di dalam surah al-Maidah ayat 82:

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ ٱلْيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشْرَكُواْ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوۤاْ إِنَّا نَصَارَىٰ ذٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَاناً وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ

Demi desungguhnya engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. dan Demi Sesungguhnya Engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. (Qs. al-Maidah ayat 82)

Tentang ayat ini, Syeikh Mutawalli Sha’rawi menjelaskan keistimewaan hubungan Islam dengan Kristen sejak sedaia kala. Keistimewaan ini terlihat jelas sejak masa-masa awal dakwah nabi Muhammad sendiri. Ketika baginda dan para sahabat dizalimi oleh Quraish Makkah, nabi Muhammad memerintahkan para sahabat untuk menyelamatkan diri ke daerah Habshah (suta daerah yang penduduknya mayoritas Kristian) yang dipinpin oleh Raja al-Najashi. Sabda nabi Muhammad:

إن بها ملكاً لا يُظلم عنده أحد فأقيموا ببلاده حتى يجعل الله لكم مخرجاً مما أنتم به

Di sana ada seorang raja yang tidak pernah seorang pun dizalimi olehnya, maka menetapkan kamu di negaranya sehinggalah Alah menjadikan kamu sebab untk keluar darinya.

Ja’far bin Abu Talib salah seorang sahabat senior ketika itu juga meminpin suatu rombongan berbong-bondo pindah ke Najashi. Dan ternyata Raja al-Najashi yang Kristian itu dapat menerima sahabat nabi ini dengan adil serta memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain termasuklah kepada Muslim. Maka, sebab inilah rasulullah menyebut daerah Habsyi ini dengna dar al-amin.

Melihat kondisi ini, kalangan Quraisy Mekkah menghasut Raja al-Najashi untuk mengusir Ja’far bin Abu Talib bersama sahabat yang lain. Hingga diutuskanlah Amru bin Al-‘As, Abdullah bin Abi Rabi’ah dan ‘Imarah bin al-Walid bin al-Mughirah untuk menebarkan fitnah bahwa “kalangan Muslim yang ngungsi ini adalah pemberontak yang menyeleweng daripada agama nenek moyang mereka”. Selin itu, mereka juga menghasut pemerintah Kristian dengan isu pendatang muslim ini mengajarkan fakta tentang Yesus yang berbedaa dengan Kristian.

Namun demikian, Raja al-Najashi sama sekali tidak terprovokasi dengan intimidasi ini. Bahkan sebaliknya, Raja al-Najashi memanggil Ja’far bin Abi Talib untuk memberikan penjelasan maksud dari kedatangan itu.

Lalu Ja’far bin Abu Talib menjelaskan:

Wahai Raja, kami dahulu hidup di dalam Jahiliyyah. Menyembah berhala, makan bangkai, melakukan perbuatan keji, memutus tali persaudaraan, menyakiti hati jiran, yang kuat memakan harta yang lemah. Kami hidup dalam keadaan demikian sehinggalah diutuskan seorang Rasul yang kami ketahui keturunannya, kebenarannya, amanahnya dan kasih sayangnya. Baginda menyeru kami mengesakan dan menyembah Allah dan meninggalkan cara sembahan kami sebelum ini terhadap batu dan berhala. Baginda menyeru kami berkata benar, menunaikan amanah, menyambung tali persaudaraan, berhubung baik dengan jiran …. Akhirnya kami dimusuhi qaum kami sendiri, lantas mereka menyeksa dan memfitnah kami supaya kami kembali menyembah berhala dan berhenti menyembah Allah serta kembali kepada perbuatan keji. Lantas apabila kami dipulau, diseksa dan diboikot oleh mereka, maka keluar berpindah ke negara kamu wahai al-Najashi. Kami memilih kamu berbanding negara atau pemerintah yang lain, kerana kami telah mengharapkan yang diri kami tidak akan dizalimi oleh kamu.

Demikianlah tabayun antar agama sejak sedia kala telah dilakukan dengan adil untuk merekonsiliasai perdamaian bangsa-bangsa. Dalam kasus ini, raja al-Najshi mampu menyikapi pluralitas dengan adil. Setelah mendengar panjang lebar pemaparan yang disampaikan oleh Ja’far bin Abu Talib, kalangan Kristian mendiskusikannya di antara para pembesarnya. Dan ternyata mereaka dapat menempatkan dirinya dengan adil. Sehinga imigran muslim tidak turus diberi ruang gerak bebas di daerah Kristian ini.

Bila coba ditelaah kembali, kata-kata Ja’far tersebut membuktikan kebenaran firman Allah mengenai baiknya hubungan Islam dengan Kristian. Padahal, jika berkehendak Nabi Muhammad boleh saja mengarahkan para sahabat ketika itu untuk mendapatkan perlindungan kabilah bangsa Arab lain sama-sama muslim. Namun bukan itu yang dipilih oleh Nabi. Beliau malah mengarahkan para sahabatnya untuk bernaung di bawah kerajaan Kristian. Di sinilah terlihat jelas keakraban dan kedamaian yang terjalin antara Islam dan Kristen.

Akrabnya hubungan Islam dan Kristian seperti yang teladankan sendiri oleh Nabi Muhammad menjadi inspirasi kepada seluruh umat plural ini, dan terutama bagi kalangan Islam dan Kristen itu sendiri.

Kisah serupa di dapati pada zaman Saidina Umar. Pada saat itu emperium Islam telah semakin meluas menjangkaui Semenanjung Tanah Arab. Antara yang berjaya dibuka oleh Saidina Umar ialah Jerusalem, yang ketika itu lebih dikenali sebagai Aeliya’. The Old City of Jerusalem adalah merupakan pusat pemerintahan kerajaan Rom Timur ketika itu. Di situlah letaknya tapak al-Masjid al-Aqsa, dan situ jugalah terletaknya gereja suci Holy Sepulchre. Holy Sepulchere adalah merupakan gereja paling suci di dalam agama Kristian. Di situlah mereka percaya terletaknya ‘kubur’ Jesus, dan di situ jugalah mereka percaya yang Jesus akan dibangkitkan kelak. Semasa Umar membebaskan The Old City of Jerusalem, Holy Sepulchre turut menjadi istana pemerintahan kerajaan Kristian ketika itu. Yang menjadi pemerintah ketika pembebasan Jerusalem ialah Patriarch Sophronious.

Kita mengetahui dalam beberapa akaun sejarah yang Patriarch Sophronious, sama seperti Muslim, cuba untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah di dalam Jerusalem. Menghidu awal kekalahan Rom Timur, Patriach Sophronious mengibarkan bendera putih menyerah kalah, akan tetapi dengan syarat bahawa beliau hanya menyerahkan kunci kota lama itu kepada Saidina Umar. Ada laporan sejarah menyatakan bahawa pembebasan Jerusalem di tangan Saidina Umar memang telah diramalkan dan termasuk di dalam prophecy Kristian ketika itu.

Penyerahan Jerusalem kepada Muslim dilakukan dalam suasana penuh persaudaraan. Umar dipelawa untuk bersembahyang Asar di dalam Holy Sepulchre. Akan tetapi beliau menolak, kerana khuatir akan ada kelompok Muslim akan datang yang zalim akan merampas gereja suci tersebut, kerana kononnya Umar pernah solat Asar di situ. Lalu Umar bersembahyang di luar Holy Sepulchre, dan di tapak beliau solat itu sekarang didirikan Masjid Umari yang masih berdiri teguh sekarang. Masjid Umari itu didirikan bersebelahan dengan Holy Sepulchre.

Ini adalah keadilan dan toleransi Islam untuk agama lain. Dalam suasana berperang, kita dilarang merampas rumah ibadat orang lain. Apatah lagi di dalam konteks hubungan baik dengan agama Kristian, Umar sejak dari awal menutup pintu yang memungkinkan kelompok Muslim akan datang yang jahil dengan agama sendiri, daripada bertindak zalim terhadap hak agama lain di dalam negara Islam.

Tidak cukup dengan itu, walaupun lama berperang dengan tentera Muslim, akan tetapi tentera dan penduduk asal Kristian di Jerusalem semasa zaman Rom Timur diberikan jaminan oleh Umar untuk tidak dihalau. Bahkan hak kerakyatan mereka dikekalkan, dan mereka diberikan kebebasan menikmati apa yang mereka lakukan semasa pemerintahan Rom Timur dengan syarat yang adil.

Berdasarkan beberapa kisah tersebut, dapat dipastikan bahwa hubungan antara agama, dan terutama Islam dengan Kristen dapat terjalin dengan sejuk. Pastur Kristian GKJW Jombang memberi sambutan perdamaian kepada para ummatnya saat Surabaya–Sidoarjo diteror pengeboman rumah ibada. Begitu pula dari berbagai kalangan Muslin moderat, terutama sekali dari kalangan GUSDURian beberapa kali melakukan aksi solidaritas untuk ummat Kristiani dan Katolik yang sedang tiincar terror.

Maka, pelbagai adu domba radikalisme, ekstrimisme, bahkan umpatan yang sering memporak-poranda antar uamat beragama adalah agenda politik pecah belah dari impereasilme politik hegemoni kekuasan. Kasus yang demikian ini sengaja membawa nama agama untuk lebih mudah menyulut amarah antar umat beragama. Dan kita sebagai kalangan terdidik hendaknya bisa mendamaiakan kondisi ini dengan cara-cara logis serta professional.

*Fairozi, Adalah Pegiat ISQH Nasional yang sedang menempuh Studi Pascasarjana di UNUSIA Jakarta

 

Harakatuna
Harakatuna
Harakatuna.com merupakan media dakwah berbasis keislaman dan kebangsaan yang fokus pada penguatan pilar-pilar kebangsaan dan keislaman dengan ciri khas keindonesiaan. Transfer Donasi ke Rekening : BRI 033901002158309 a.n PT Harakatuna Bhakti Ummat

Mengenal Harakatuna

Artikel Terkait

Artikel Terbaru